Jenis pengangkutan Pengangkutan_di_Negeri_Sembilan

Bas

Stesen bas Terminal One di Seremban merupakan pusat tumpuan bas utama di Negeri Sembilan yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres harian ke semua bandar dan bandaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Terminal One juga menyediakan perkhidmatan bas perbandaran biasa ke Port Dickson, Tampin, Kuala Pilah, Bahau dan bandar-bandar lain di negeri tersebut.

Teksi

Teksi juga mudah diperolehi di Stesen Teksi Seremban di Jalan Tuanku Munawir. Dengan mengenakan tambang yang munasabah, seseorang boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke bandar-bandar utama di Negeri Sembilan dan juga ke Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Bahru.

Keretapi

Seremban dihubungkan ke Kuala Lumpur melalui perkhidmatan tren komuter pantas yang begitu selesa dan berlepas setiap 30 minit. Seremban juga mudah dihubungkan melalui rangkaian jalan keretapi utama di Semenanjung Malaysia yang menghubungkannya dengan kebanyakan bandar-bandar utama.

Kereta sewa

Kereta sewa boleh didapati di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk membolehkan seseorang memandu ke seluruh pelosok Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sudah berada di Negeri Sembilan, urusan sewaan kereta boleh dijalankan melalui beberapa agen pelancongan.

Agen pelancongan

Sesetengah agen pelancongan utama mempunyai pejabat tersendiri di bandar Seremban. Lawatan ke seluruh negeri boleh diuruskan melalui hotel-hotel utama.[1]

Kapal terbang

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan.Jaraknya dari Seremban ke KLIA ialah 56 km.Bandar yang paling terdekat dengan ialah Bandar Enstek.Pelancong boleh menaiki kereta api,teksi dan kereta sewa untuk ke KLIA